Assalamualaikum w.b.t

WELCOME TO ADMIRAL BLOG

Wednesday, April 14, 2010

Yang Tersembunyi Di Sebalik Hari


Hari dijadikan untuk mengukur usia dunia. Setiap hari menyimpan rahsia-rahsia tersendiri dengan seribu satu peristiwa. Yang aneh, yang indah, yang ceria, yang muram-semuanya adalah hati.

Hari apakah saudara saudari dilahirkan ke dunia?Lihatlah apa yang pernah berlaku pada hari pertama saudara dan saudari menghirup udara bumi dalam sejarah kejadian alam dan manusia.


AHAD
  • ALLAH s.w.t menjadikan alam, bintang, api neraka, bumi yang tujuh, lautan yang tujuh, anggota manusia yang tujuh dan hari yang tujuh.
ISNIN
  • Nabi Idris dinaikkan ke langit.
  • Nabi Musa mengunjungi Bukit Tursina
  • Bukti keesaan ALLAH s.w.t diturunkan.
  • Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan.
  • Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
  • Rasulullah s.a.w wafat.
SELASA
  • Nabi Yahya wafat dibunuh.
  • Nabi Zakaria wafat dibunuh.
  • Tukang-tukang sihir Firaun ditewaskan.
  • Asiah isteri Firaun mangkat dibunuh.
  • Lembu kaum Bani Israel dibunuh.
  • Habil dibunuh oleh Qabil.
RABU
  • Qarun hancur binasa.
  • Firaun dan tenteranya ditenggelamkan.
  • Raja Namrud ditewaskan nyamuk.
  • Umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan keras Malaikat Jibrail.
  • Umat Nabi Hud dimusnahkan ALLAH s.w.t dengan angin taufan.
KHAMIS
  • Nabi Ibrahim memasuki Mesir.
  • Saudara-saudara Nabi Yusuf menemui baginda.
  • Bunyamin mengunjungi Nabi Yusuf di Mesir.
  • Nabi Yaacob bertemu dengan anaknya Nabi Yusuf di Mesir.
  • Nabi Musa memasuki Mesir.
JUMAAT
  • Nabi Adam berkahwin dengan Hawa.
  • Nabi Yusuf berkahwin dengan Zulaikha.
  • Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah anak Nabi Syuib.
  • Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis.
  • Rasulullah S.A.W berkahwin dengan Siti Khadijah dan juga Aisyah.
  • Ali Abu Talib berkahwin dengan Fatimah Az-Zahrah.
SABTU
  • Nabi Nuh diperolok oleh kaumnya.
  • Nabi Salleh ditipu umatnya.
  • Nabi Yusuf ditipu oleh saudaranya.
  • Nabi Musa ditindas Firaun.
  • Nabi Isa diperdaya kaum Yahudi.

No comments:

Post a Comment