Mutiara Kata
- Tidak semua yang kita hajati dapat diperolehi dan tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita hajati.
- Tidak ada insan yang suci tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan
- Barang siapa yang membawa berita tentang orang lain kepada mu, maka dia juga akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.
- Menjadi orang yang penting adalah baik tetapi lebih penting kalau menjadi orang yang baik.
- Kebanyakan orang tidak menghargai dengan apa yang dimiliki tetapi akan menyesal apabila telah kehilangannya.
- Adalah tidak berdosa untuk berusaha namun kemudiannya gagal tetapi akan berdosa untuk tidak berusaha kerana takut gagal.
- Jika anda ingin mencapai yang tinggi mulakan dari bawah.
- Jadikanlah ilmu sebagai panduan beragama, pengalaman sebagai hikmah beragama dan fikiran sebagai keindahan beragama.
Hendak daun diberi daun
Dalam daun ada bidara
Hendak pantun diberi pantun
Dalam pantun ada bicara
Dalam daun ada bidara
Hendak pantun diberi pantun
Dalam pantun ada bicara
Pantun Pembangkit Semangat
Pantun ini berkaitan dengan semangat ketuhanan dan spiritual serta semangat untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
Pantun ini berkaitan dengan semangat ketuhanan dan spiritual serta semangat untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
001. Jangan diangkut anatan ke seberang
Telengkup penampi di lendan galah
Janganlah takut ke jantan orang
Hidup dan mati di tangan ALLAH
Telengkup penampi di lendan galah
Janganlah takut ke jantan orang
Hidup dan mati di tangan ALLAH
002. Mengapa takut menempa belati
Esok lusa kan ditempa juga
Mengapa takut menempa mati
Esok lusa kan ditempuh juga
Esok lusa kan ditempa juga
Mengapa takut menempa mati
Esok lusa kan ditempuh juga
Pantun Pembangkit Keberanian
Bernada sangat maskulin kerana sering berisi tentang tidak gentarnya seseorang ketika diajak berkelahi atau berperang atau ketika bertemu musuh yang hendak menggangunya.
001. Daripada ke hulu perahu bergalah
Eloklah berhenti memasang lukah
Daripada malu mengaku kalah
Eloklah mati berkalang tanah
002. Orang bersampan awak bersampan
Siapa berlayar siapa berenang
Orang jantan awak pun jantan
Siapa yang benar dialah menang
003. Kita tidak mencari suluh
Suluh datang diberi api
Kita tidak mencari musuh
Musuh datang kita nanti
004. Urat kencang bertali-tali
Belum diraba belum kan layu
Kuat orang jangan peduli
Belum dicuba belum kan tahu
Pantun Nasihat
001. Bukan mudah menjala pari
Menjala pari tahan berperahu
Bukan mudah menjaga diri
Menjaga diri dengan berilmu
002. Kalau intan harus tahan palu
Semakin diasah semakin berkilat
Jenis kaca hancur kena palu
Hilang cahaya di dalam gelap
003. Apa guna menyarung batek
Kalau tidak dengan kebaya
Apa guna perwatakan cantek
Kalau tidak berbudi bahasa
No comments:
Post a Comment